!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 14 April 2015

GAZA MAAFKANLAH KAMI DIATAS PENDERITAANMU

Penderitaan yang dialami
Kesengsaraan yang dilalui
Pengorbanan yang dihadapi


GAZA


Disini ku meluahkan rasa simpati, geram, amarah, terhadap seluruh dunia yang hanya membiarkan dirimu itu dihina, diseksa, dibunuh begitu sahaja

Disini kulampirkan sebuah sajak yang merangkumi seluruh perasaanku

Disini akan ku semaikan benih penjiwaan yang mendalam terhadapmu

Disini akan ku ungkapkan kasihku padamu




GAZA,

Langitmu merah merekah melimpahkan tangisan darah,

Berdentum-dentum letupan bergema menggegarkan bumi,

Berpuluh-puluh peluru mencari mangsa,

Berpuluh-puluh bom menelan badan yang bergerak,

Semburat merah menyala melahap bangunan,

Api yang membara kian panas membakar,

Tangisan yang diesakkan semakin lama semakin hilang,

Hilangnya menyesakkan jiwa yang berperikemanusian,


GAZA,

Kepulan asap yang pekat hitam menggelapkan langitmu,

Hitamnya melambangkan duka dan luka,

Para Zionis yang kejam tidak berperikemanusian,

Kalut duka menggumpal kedukaan hati,

Bayi-bayi yang tidak berdosa dijemput ke langit,

Darah segar mengucur laju menyirami bumi,

Hilang nyawa bagai tiada harga,

Betapa kejamnya kau zionis laknatullah.


GAZA,

Ketika dunia diulit tidur yang nyenyak,

Dihiburkan dengan hilaian ketawa suka suara kanak-kanak.

Senyuman yang dilemparkan di dalam pelukan ibu bapa,

dengan penuh kasih sayang,

namun tidak di Gaza,

pelukan terlepas,

Tangisan didengari jeritan kedengaran,


GAZA,

Wajah-wajah yang diselimuti darah merah,

yang dibaluti kain putih,

akibat kezaliman yang meratah rakus,

dimamah derita saban hari,

adakah penawar untukmu Gaza,

bagi mengubat racun kezaliman ini,

yang semakin lama semakin nazak,

hanya tuhan sahaja yang tahu.


GAZA,

Kami saudaramu,

Kami seagama denganmu,

Kami lelaki sekuatmu juga,

Kami memohon ampun dan maaf kepadamu Gaza,

kerna kereta kebal kami tidak dapat dihantar,

Tentera kami tidak dapat kami bekalkan,

Pesawat kami tidak dapat kami terbangkan,

Kapal Selam kami tidak dapat digunakan,

Kapal perang kami tidak dapat dihantar.


GAZA,

Semua yang kami ada hanyalah sekadar perhiasan,

Hanyalah sebagai tontonan,

Hanyalah sebagai hiburan,

Maafkanlah kami saudara di Gaza,

Kerna kebodohan kami dalam mentadbir,

hanya mampu melihat derita dari jauh,

hanya mampu mendengar jeritanmu dari jauh,

Maafkanlah kami yang berdosa ini.


GAZA,

walaupun kami tidak dapat pergi bersama jasad,

walaupun kami tidak sempat berperang bersamamu,

walaupun kami tidak sempat menanggung derita bersamamu,

namun,

izinkanlah roh kami untuk bersemadi bersama para shuhadamu,

terimalah nyawa kami sebagai penguat jasadmu,

terimalah doa kami sebagai penguat jiwamu,

maafkanlah kami wahai saudara di Gaza,

dan sudikanlah dalam menyemadikan roh-roh kami bersamamu.

Saturday 11 April 2015

KISAH SEDIH

KESALAHAN HIDUP


  Dunia ini sentiasa tiada keseimbangan hidup. Setiap yang baik sentiasa ada lawannya iaitu buruk. Aku dilahirkan di bumi ini dengan kesempurnaan daripada keluarga,wang dan kasih sayang. Tetapi kenapa aku jadi begini? Tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh menjadikan seorang watak jahat dalam sesebuah cerita. Tidak sesekali aku lupa terhadap perkara yang telah aku lakukan ini. Walaupun begitu, nasi telah jadi bubur apakan daya untuk aku untuk memutarkan masa yang semestinya mustahil.

Semuanya bermula semasa aku di sekolah menegah. Aku cuma seorang budak yang masih berfikiran mentah terhadap perkara yang berlaku di dunia ini. Aku menjalani kehidupan yang sama seperti orang lain seperti robot tanpa ada arah tujuan. Di sekolah aku sering bergaul dengan rakan tetapi hakikatnya aku cuma membazirkan masa yang bosan disekolah. Setiap hari aku sering sahaja dengar berita tentang perkara yang sama sahaja iaitu jenayah.  Perkara tersebut sentiasa diulangi macam pita kaset radio seperti tiada penghujungnya. Bagi aku dunia ini terlalu menyedihkan. ‘Oi’ kawanku Amir tepuk bahu ku daripada belakang sambil menyergah aku.’Ahh apa?’ balasku dengan nada yang geram. ‘Termenung lagi ke? Tidak baik termenung lama-lama kawan oi atau kau pikir pasal awek ko?’ amir tanya aku sambil memerli ku. Semasa aku hendak membalasnya sesi persekolah pun habis. Tanpa berfikiran panjang aku pun bergegas keluar daripada kelas dan menuju hendak menuruni tangga seseorang memanggil ku dengan kuat ‘Ru! Ru! Oi Ruzaini!’ Langkahku terhenti dan berpaling ke belakang untuk melihat siapakah yg memanggil ku itu. Daeng orang tersebut yang memanggilku dengan jeritan yang sangat kuat. Semasa aku terhenti Daeng menuju ke arah aku dan memberitahuku supaya ingat perkara yang hendak dilakukan petang ini. ‘Ye aku ingat’ balasku dan terus turun tangga untuk pulang ke rumah dengan menaiki basikal.

Setibanya aku di depan pagar rumah, aku terdengar radio di kedai berhadapan rumahku berita tentang jenayah yang berlaku. Sambil mengengam mangga dengan penuh kemarahan. ‘Bilakah dunia ini akan selamat’ aku bercakap dengan perlahan supaya aku sahaja yang dengar. Sewaktu dengan aku hendak membuka mangga pagar depan, satu suara bercakap dengan ‘dah balik?’ Tanpa memusingkan kepala aku menjawap ‘dah’ dan buka pagar pintu lantas terus masuk untuk buka pintu rumah. ‘Nie,mak saya ada beri makanan kepada awak. Nanti makan yek?’ ‘Hurm’ aku balas sambil ambil makanan tersebut dan terus masuk ke rumah. Aku letak beg aku atas sofa dan makanan itu didapur lantas terus duduk di atas sofa di ruang tamu dan terlelap. Itu Ain, jiran sebelah rumah. Di selalu sahaja memberikan aku makanan tengah hari selepas ketiadaan ayah ku. Mak aku terpaksa kerja keras untuk menanggung kehidupan aku dan abang aku. Dia sentiasa pergi kerja awal dan balik lewat malam atas urusan kerja yang dia kata banyak. Abang aku pulak tengan belajar di pengajian tinggi. Hubungan aku dengan abang aku tidak pernah rapat walaupun sekali dalam kehidupan aku. Kami ada masalah kami yang kami tidak pernah sehaluan daripada kecil sehinggalah sekarang. ‘Krikkk,Krikk,Krikk’ bunyi yang kuat daripada jam pengera di atas meja kecil sebelah ku. Aku bangun dengan keadaan yang masih samar-samar dan melihat jam tersebut dan ia menunjuk jam 4.50 petang. Aku pun terkejut sebab aku sepatutnya ada pertemuan di sekolah jam 4.30 petang. Aku pun lintang-pukang berkemas tanpa mandi cuma sarung baju apa yang aku nampak. Asalkan boleh. Selepas itu menuju keluar rumah dan terus ke sekolah.

Setelah tiba di sekolah, aku meletakkan basikal ku dikawasan letak basikal dan terus lari ke padang. Setelah sampai Daeng, Mirul, Erwin, Zul dan Hafiz menunggu dan merenung ke arah aku sambil buat muka marah sebab aku lambat datang. ‘Oi haruk asal ko lambat?’ Erwin bertanya dengan perasaan tidak puas hati. ‘Tis,Mesti ko sedap tidurkan?’ Mirul menanya sambil menolak bahu ku dengan keadaan tersenyum. ‘Aduh kawan kita ni. Aku dah cakap jangan lupa. Tu lah lain kali berangan banyak-banyak’ Daeng berkata dengan nada menunjukkan dia betul. ‘Maaf, aku tak buat lagi’ aku berkata dengan perlahan. ‘Kau kena ingat ko tu ketua skuad, janganlah buat perangai macam ni. Kalau cikgu tau masak ko’ Erwin berkata lagi dengan marah.’Dah,Dah marah tak gune win bende dah jadi. Nasib baik cikgu tak ada arini’ Hafiz berkata untuk hentikan berbalahan tersebut. Kami semua bergerak perlahan-lahan ketengah padang. Aku merupakan Ketua badan beruniform polis yang aku dapat secara tidak langsung daripada abang Wazif tahun lepas. Dia turunkan jawatan dia kepada aku. Tidak tahu kenapa dia pilih aku walaupun dia tahu aku tidak pernah datang perjumpaan polis walaupun sekali sehinggalah aku terpilih menjadi ketua untuk tahun ni. Nak tak nak aku tetap kene laksanakanya tugas yang diberikan. ‘Boom!!!’Tetiba bunyi kuat kedengaran berlaku datang daripada arah tempat letak kereta. Kami berlima terkesan daripada impak tersebut membuat kami hilang keseimbangan dan jatuh. ’Apa yang berlaku?’ Zul bertanya dalam keadaan cemas sambil memandang kiri dan kekanan. ‘Wei korang ok tak?’ Erwin bertanya kepada kami semu. ‘Aduh, Aku ok.’ Daeng membalas. ‘Hureh,Hureh,Hureh, aku tak apa-apa’ Mirul menjawab dan terus mengunakan ‘inhailer’ sebab dia ada masalah dengan pernafasan. ‘Ya’ Sepatah yang aku balas. Aku terus bangun dan berlari ke arah tempat letak kereta tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah aku sampai di tempat kejadian tersebut aku ternampak van sekolah terbakar dan ia merebak sampai ke dewan. ‘Pergi daripada sini!’ Cikgu Sarjit cakap dengan kuat sebab dia tidak mahu pelajar- pelajar tercedera. Aku bergegas kea rah Cikgu Sarjit dan bertanya apa yang berlaku. ‘Ada budak sewel mana entah yang bakar van sekolah’ Cikgu Sarjit cakap dengan nada yang marah. ‘Ruzaini kamu pergi sana tolong pelajar lain itu cepat!’ Arahan Cikgu Sarjit Selepas itu dia pergi itu membuat laporan polis terhadap kes yang berlaku itu. Setelah dia pergi ahli bomba datang untuk memadamkan api yang membara. Inilah kejahatan di dunia yang tidak pernah berubah walapun sekali. Dunia ini dah terlalu tercemar ku bisik di dalam hati sambilku pendam semua kebencian terhadap kejahatan. Beberapa orang tercedera dalam kejadian petang tersebut. Kawan-kawanku sampai di tempat itu terus bertanya kepada aku apa yang berlaku. Aku pun terangkan kepada meraka apa yang berlaku. Selepas itu, aku dan rakan-rakan menolong apa yang patut untuk menyelamatkan pelajar-pelajar lain. Petang itu menjadi hari yang sukar itu kami berenam.

Selepas aku dan rakan-rakan selesai, kami berehat di bawah pohon seberang dewan untuk menenangkan diri. ‘Penatnya’ leteran Zul. ‘Ko ingat ko sorang je ke?’ Balas Erwin. Aku tersenyum dan terus meneguk sebotol air sehingga setengah. ‘Apa yang kau senyumkan Ru?’ Tanya Erwin. ‘Tak ada apa-apa’ aku membalas sambil menoleh ke arah jam Daeng yang menunjukkan pukul 6.40 petang. ‘Aku perlu pulang. Jumpa esok.Assalammualaikum.’ aku beritahu mereka dan terus berjalan ke tempat letak basikal untuk balik. ‘Waalaikummussalam’ mereka membalasnya. Setelah sampai di rumah aku hidupkan lampu bilik,ruang tamu dan dapur dan tutup semua tingkap. Setelah siap persediaan untuk menghadapi hari malam aku melihat jam di dinding. ‘Masih awal lagi. Azan maghrib pun belum berkumandang.’ Ku berbisik di hati. Aku pun terus capai tuala dan pergi mandi. Semasa mandi aku terfikir siapakah yang sanggup buat benda sekejam tu? Kenapa? Dan Kenapa? Sambil itu aku menceduk air di dalam besin dengan mengunakan tangan dan mengengamnya untuk melepaskan kemarahan tersebut. Selepas mandi aku keluar daripada bilik air. Azan pun berkumandang. Aku terus pakai baju dan menunaikan solat maghrib. Selepas itu, aku menuju ke dapur untuk mencari apa yang boleh dimakan. Aku tidak jumpa apa yang ditinggalkan oleh emak di dapur. Mataku pun terpandang ke arah bungkusan makanan yang diberikan Ain petang tadi yang diletakkan di atas meja. Aku pun makan makanan tersebut disebabkan terlalu lapar. Selepas makan aku kedengaran bunyi telefon rumah berdering-dering menunggu untuk dijawab. Aku pun mengangkat telefon tersebut. ‘Assalammualaikum, siapa?’ Aku bertanya. ‘Adik malam ini mak tidak dapat balik, mak ada banyak kerja kat pejabat ni. Esk petang mak balik ye?’ jawap mak ku dengan sopannya. Aku pun membalas ‘Ye mak’ dan terus meletakkan telefon tersebut. Sepanjang malam tersebut aku menghabiskan masaku duduk di depan television menonton cerita yang ditayangkan sampaikan aku terlelap lena.

Keesokkan harinya di sekolah, aku dan kawan-kawan yang terlibat dengan kejadian petang semalam menjadi tumpuan guru-guru dan pelajar-pelajar lain. Petang kemudian pula kes lain pula berlaku. Kali ini kebanyakkan kereta pelajar tingkatan enam diconteng dengan ayat-ayat kesat mengunakan cat warna merah. Begitu juga dengan hari seterusnya perkara yang sama berulang berlaku. Jenayah yang dikenali sebagai vandalisme. Aku sememangnya rasa geram dan benci terhadap orang yang sanggup buat perkara keji ini. Tapi apakan daya untuk aku bertindak ikut kemahuan sendiri. Aku cuma insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan. Sejak daripada hari itu, peraturan sekolah menjadi semakin ketat.  Sekarang tidak ramai pelajar yang boleh mengunakan padang ataupun berada di sekolah selepas jam 3.00 petang. Mereka yang ada di padang sekolah akan dihukum tanpa sebab yang munasabah.
‘Wahai kawanku, adakah kamu di bumi?’ Amir menegur ku sambil tangannya dibahu ku. ‘Aku kat sini’ aku jawab sambil merenung ke luar tingkap. ‘Ko ni aku tengok muka kau macam tak sihat je. Cuba cerita apa masalahnya?’ Amir bertanya dengan risaunya. ‘Tak, ada apa-apa masalah’ aku balas kepadanya. Selepas itu waktu pembelajaran pun bermula. Habis waktu persekolahan aku balik seperti biasa. Semasa di depan pintu rumahku Ain telah menunggu ku pulang untuk memberi makanan tengah hari. Seolah-olah dia hendak memberitahu sesuatu yang sangat penting. ‘Awak saya, saya sukakan awak’ cakap Ain dengan malu-malu. Pergerakan untuk membuka mangga pagar rumah terhenti seketika seolah-olah aku terhenti di ruang masa. ‘Mengarut.’ Aku balas dengan dingin. ‘Di dunia ni tidak pernah sekali ada pun cinta sejati, itu semua karut.’ Aku cakap lagi dengan nada yang kasar. Ain terkejut sampaikan air matanya mengalir. Disebabkan itu dia berlari balik menuju ke rumahnya. Aku masuk rumah dan tutup pintu rapat-rapat. ‘Perempun dengan teka-teki yang tidak pernah berakhir’ ku berkata di dalam hati.

Pagi esoknya, Aku berkemas awal sebab aku perlu menghadiri pertandingan kawad kaki peringat daerah untuk mengharumkan nama sekolah. Selepas bersarapan dalam pukul 8.30 pagi. Aku terus bergerak keluar rumah dan menaiki kenderaan kesayangan ku. Semasa dalam perjalan ku hendak sampai ke sekolah, tiba-tiba aku ternampak Ain di sebuah lorong mungkin baru lepas beli barang keperluan rumah. Tetapi di dalam lubuk hatiku sentiasa bimbang terhadapnya. ‘Apa yang dia buat disitu’ aku bercakap dengan perlahan dengan rasa kerisauan. Aku kelihatan Ain sedang dikepung oleh beberapa orang-orang yang bengis yang memegang bilah parang. Difikiran ku terlintas sesuatu. Mungkinkah mereka yang menyebabkan pelbagai kes incident yang berlaku di sekolah? Aku menanya diriku. Kepalaku memaparkan imbasan lampau semasa aku lambat sampai ke pejumpaan badan beruniform. Aku ada ternampak mereka memasuki kawasan sekolah dengan membawa barangan-barangan yang merbahaya. Jadi apa yang perlu aku buat. Aku sering menanya diriku. Sambil memegang handal basikal dengan kuat. Rasa ketakutanku yang sangat ketara sebab aku hanya manusia biasa tapi aku kena beranikan diri sebagai anak jati melayu aku perlu hulurkan tangan. ‘Aku perlu tolong dia. Aku perlu buat sesuatu. Buat sesuatu yang bukan diri kau Ruzaini!!!’ aku bercakap dalam ketakutan dan tabahkan diriku dan maju menuju ke arah Ain. Pada masa yang sama Ain dia, memandang ke arah ku dengan reaksi muka senyum yang menunjukkan sesuatu yang tidak diigini akan berlau. ‘Ain!!!!!’ aku menjerit dengan kuat. Tidak menyempat ku menyelamatkannya dia daripada orang bengis itu. Mereka tertusuk Ain dengan parang tersebut di perutnya. Selepas itu, Ain serta-merta pengsan di tempat kejadian. Hatiku mula rasa pecah terhadap perkara yang menimpa Ain. Orang bengis tersebut rasa keliru dan bertindak untuk melarikan diri. Aku berlari dengan sekuat hati untuk selamatkan Ain yang berlumuran darah keluar. Aku meletakkan kepalanya di atas riba sambil berharap dia akan selamat. Pada masa yang sama aku menjerit sekuat hati ‘Tolong!!!Tolong!!!!’ meminta bantuan orang lain. Ain mengangkat tangannya dengan semua tenaga yang dia ada semata-mata untuk memegang kepalaku dan menolehnya kea rah dia. Tidak ku sangka air mata mengalir keluar daripada mata tidak terhenti. Perasaan yang aku dapat tahan seperti sebelum ini mula menunjukkan riak di wajahku. Aku tidak dapat berfikir lagi selain melihat wajah Ain yang senyum seindah taman yang cantik. ‘Ain bertahan ye. Ada orang akan selamatkan kau’ aku berkata dengan nada kesedihan sambil air mataku mengalir.

Dua minit kemudian, seseorang datang dan memberikan bantuan dengan menelefon ambulan. ‘Bertahan nak kejap lagi ambulan datang, pak cik dah buat panggilan’ kata orang tersebut dengan kerisauan terhadap keadaan Ain. Aku mengemgam tangan Ain untuk memberi semangat terhadapnya untuk terus hidup. Tidak lama selepas itu ambulan datang dan bergegas membawa Ain ke Hospital. Aku terus dibawa ke balai polis untuk membuat laporan dan disoal siasat terhadap kes yang terjadi. Pada hari yang sama juga penjenayah tersebut di berkas oleh polis. Aku masih risau akan keadaan Ain bagaimanakah dia di hospital? Aku bercakap di dalam hatiku. Aku risau akan keadaan dia. Aku tidak dapat melawat dia disebabkan dia di dalam wad pembedahan dan aku terpaksa pulang ke rumah sebab hari dah senja. Semasa di rumah aku bersihkan badanku yang berlumuran darah. Selepas mandi aku duduk di sofa dan termenung dalam kerisauan sampaikan aku tidak perasaan sudah lima kali telefon ku berdering tanpa henti. Tiba-tiba aku terdengar pintu rumahku diketuk. ‘Assalammualaikum’ seseorang memberi salam. Aku pun tersedar dan membalasnya ‘Waalaikussalam’. Aku melihat di ruang kecil ditengah pintu siapa di luar. Rupa-rupanya mak sudah balik daripada kerjanya. Aku buka pintu dan salam emakku. Pada masa yang sama mak sudah tahu perkara yang melanda kepada Ain sebab jiran sebelah dah memberitahunya. Mereka berkata terima kasih kepadaku sebab selamatkan Ain. Aku pun bercerita kepada mak terhadap kejadian yang menimpa pagi tadi.

Pagi esok, aku terpaksa pergi ke sekolah macam biasa dan masih tidak sempat pergi melawat Ain disebabkan perkara-perkara tertentu yang perlu di selesaikan di sekolah. Semasa aku masuk saja ke kelas ku aku menjadi bualan panas di dalam kelas dan aku menjadi serbuan seperti selebriti terkenal di sebabkan kes semalam. ‘Cerita sentiasa cepat terbang kemana saja’ aku berbisik di dalam hatiku. Tetapi dalam kesibukkan semua orang bertanya aku, tiba-tiba kawan pasukan polis datang dengan muka marah terhadap aku. Aku ditarik keluar daripada kelas sendiri dan dibawa ke bilik persatuan polis. ‘Disebabkan kau tak datang semalam kita kalah’ Erwin berkata dengan lurusnya tanpa teragak-agak. ‘Kau tau tak kita boleh menang kalau datang paham!!!’ Daeng bercakap dengan tegasnya sambil menunjuk ke arah aku. ‘Maafkan aku mungkin aku bukan seorang ketua yang baik untuk korang semua tapi aku masih akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang ketua yang bagus untuk korang, tapi semalam aku terpaksa bergerak langkah melakukan sesuatu demi orang lain’ Aku berkata sambil melihat kepada setiap mata kawan-kawanku. ‘Aku akan letak jawatan sebab aku tidak layak untuk jawatan ini’ Aku berkata lalu bergerak untuk keluar daripda bilik ini. ‘Tunggu’ Erwin berteriak kepada aku. ‘Ye, kau memang ketua yang tak berguna. Sentiasa berfikir untuk diri sendiri dan bukan orang lain’ Dia berkata dengan marahnya. ‘Bukan itu sahaja, kau juga sentiasa saja tidak pernah kisah terhadap perasaan orang lain’ Amirul pula berkata. ‘Maa..’ aku berkata. Pada masa yang sama Erwin bercakap ‘Tapi kau dah tunjukkan kepada kitaorang semua kau boleh jadi seorang ketua yang baik kepada kami untuk mengharumkan nama sekolah’. ‘Betul, kami sudah Nampak apa yang kau mampu buat’ Zul berkata lagi. Erwin,Zul,Daeng,Mirul dan Hafiz terus memegang bahuku dan memberi semangat kepada ku untuk teruskan menjadi ketu pasukan polis ini. ‘Terima kasih, kawan’ aku membalas dengan senyuman di bibir dan tangisan kegembiraan. Pada masa yang sama aku tidak perasaan sebenarnya guru pembimbing persatuan polis ada bersebelahan dengan pintu masuk bilik polis. Semasa kami keluar daripada bilik tersebut kami terserempak denganya. ‘Hurm, Ruzaini kau sentiasa memberi pelbagai kejutan, daripada kau jadi ketua polis sampai sekarang’ Cikgu Raja berkata dengan senyuman. ‘Ye cikgu’ aku balas. ‘Budak Ain tu kau sukakan dia?’ Cikgu Raja bertanya. ‘Saya tak tau tapi saya sentiasa risau akan dia’ aku menjawap persoalan. ‘Haaa. Cikgu bagi kamu balik awal pergi lawat dia. Cikgu dah mintak kebenaran guru besar tadi’ Cikgu cakap kepada ku. ‘Betul ke Cikgu?’ aku bertanya. ‘Kalau tak nak tidak perlu pergi’ Cikgu berkata dan beransur pergi. Kawan-kawanku pun suruh aku pergi melawatnya.

 Aku dengan gembiranya bergegas keluar sekolah dan menuju ke hospital. Semasa di hospital aku bertanya di kaunter wad yang di duduki Ain. Selepas dapat tahu kedudukannya aku terus berlari menuju ke arah biliknya. Sampai sahaja di depan pintunya aku terus buka dan teriak ‘Ain’. Tapi bilik tersebut kosong sunyi seperti tiada orang yang pernah duduk di situ. ‘Apa yang berlaku?’ aku bertanya kepada diriku. Selepas itu seorang misi datang dan memberitahuku dia sudah meninggal dunia disebabkan terlalu banyak darah yang keluar daripada badanya. Hatiku yang penuh harapan berkecai lebur. Sampaikan aku jatuh dan hampir pengsan. Kenapa semua ini berlaku kepada diriku. Selepas Ain tiada aku menjadi orang yang tidak senyuman. Aku jarang datang ke sekolah sampaikan aku dapat surat amaran daripada pihak sekolah. Kawan-kawanku cuba pujuk hatiku yang luka tapi aku tidak mengambil tahu pasal mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh kawan-kawan tapi semuanya sia-sia. Aku ,Aku keliru dan marah terhadap dunia yang terlalu kejam ini.


Beberapa hari kemudian, Cikgu Raja datang rumah. ‘Oi Ruzaini ko keluar sekarang!!!!!!’ dia menjerit dengan kemarah terhadap aku. Aku keluar dan bercakap dengan dia ‘Apa yang kau tidak puas ati dengan aku’. Tanpa dia berfikir panjang dia tanpar muka aku. ‘Kau ingat ini jalan penyelesaian terbaik ke? Dia berkata kepada aku lagi. ‘Saya rasa ye cikgu’ aku menjawapnya dengan riak. ‘Tak guna’ Cikgu berkata. ‘Aku tau minggu depan kau datang sekolah dan pimpin skuad polis’ Cikgu memberitahuku. Selepas itu dia melemparkan sepucuk surat kepada aku. ‘Apa nie?’ aku bertanya kepada Cikgu Raja. ‘Masa silam Kau.’ Cikgu Raja berkata dan terus pergi menaiki keretanya. Surat tersebut tertera namaku di depan. Aku membukanya dan membaca isi kandungan surat tersebut. ‘Kepada Ruzaini, meskipun kita tidak dapat berjumpa disebabkan sibuk bekerja. Aku gembira dapat tolong budak yang sesat semasa hendak pergi kesekolah suatu ketika dahulu. Aku harap engkau perasan terhadap perasaan ku kepada kamu tapi itu semua tidak pernah berlaku. Setiap hari aku memberi makanan supaya engkau tidak lapar. Aku masih gembira walaupun aku hanya dapat menolong sedikit sahaja dalam kehidupan kau. Setiap hari semua yang aku lalui bersamu kau bagaikan sebuah drama cinta. Walaupun aku sentiasa berharap engkau akan perasan terhadap isi hatiku. Semasa engkau tolak kasihku aku tau sebenarnya kau menyembunyikan sesuatu dalam hatimu. Tetapi aku hendak kau hentikan semua kisah fantasi kita yang dulu kita lalui. Aku nak kau teruskan hidup demi aku. Berdiri sendiri macam mana burung belajar terbang. Aku tau kau orang yang tabah menghadapi semua ini. Kau sentiasa hendak jadi yang terbaik untuk semua orang. Aku percaya engkau boleh. Teruskan terbang lebih tinggi jangan disebabkan aku engkau tersungkuh.’ Daripada Ain. Aku menangis tidak terhenti-henti terhadap apa yang dia katakana. Sekirannya aku dapat putar balik masa aku harap aku dapat luangkan masa yang lebih untuknya. Sekarang semuanya sudah terlambat. Ini semua kesalahan hidup aku.

Wednesday 8 April 2015

Pantun 4 Kerat (4 perenggan)

Pantun Nasihat



Mencari ikan belida,

Terpancing pula si ikan keli,

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat jangan sekali


                                                                      Perahu bertutup dengan daun,

                                                                      Penuh berisi ikan selayang,

                                                                      Kalau hidup beribu tahun,

                                                                      Apa guna tidak sembahyang.


Kerisi, cencaru, siikan parang,

Ikan belut siikan gerut,

Janganlah kita bersikap garang,

Nanti ramai yang kecut perut.


                                                                       Jangan suka mencabut padi,

                                                                       Bila dicabut hilang buahnya,

                                                                       Dalam hidup biarlah berbudi,

                                                                       Agar kita di berkati-Nya.


Cerpen (Kisah Seram)

   Assalamualaikum kepada para pembaca yang dimuliakan Allah,di sini saya ingin berkongsi cerita atau pengalaman saya sendiri semasa tinggal di sebuah rumah sewa yang terletak di Kluang,Johor.Lokasi dan tempat kejadian sengaja saya rahsiakan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.Saya ingat lagi,ketika itu saya berumur 17 tahun dan pengalaman menetap di rumah sewa itu sangat menyeramkan.

   Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa,dan bapa saya pula seorang pemandu lori sahaja,nak diikutkan manalah cukup gaji seorang pemandu lori rotan menampung keperluan seharian keluarga.Misalnya,keperluan rumah,barang dapur,keperluan anak-anak,sewa rumah,bil-bil dan segala hutang piutang.Oleh hal itu,ibu saya mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan di rumah bagi membantu meringankan beban keluarga.Kerja yang ibu saya lakukan ini tidak lah begitu berat,dia cuma mengambil upah mengopek jagung sahaja.Oleh kerana ibu membuat kerja sambilan di rumah,maka saya mengambil alih tugas mengemas rumah yang sebelum ini dilakukan oleh ibu.Antara tugas yang saya lakukan adalah seperti membasuh pinggan,membasuh pakaian,menyapu dan sebagainya.Pembekal jagung mentah tinggal tidak jauh dari rumah,hanya selang beberapa biji rumah sahaja dari rumah saya.


   Maka bermulalah cerita dimana ketika itu,saya dan ibu pergi ke rumah pembekal jagung mentah untuk di bawa pulang ke rumah supaya kerja-kerja mengopek dapat dilakukan seperti biasa.Pada masa itu,hanya ayah seorang diri di rumah kerana adik beradik yang lain masih di sekolah.Sebelum saya meninggalkan rumah menemani ibu ke rumah pembekal jagung,saya sedang membasuh pakaian dan terpaksa meninggalkan kerja itu buat sementara."Wan,kau buat apa tu?basuh baju ek?" ayah bertanya."Hurmmm" lantas saya menjawab.Selang beberapa minit kemudian,saya dan ibu pun pulang ke rumah.Alangkah terkejutnya ayah apabila melihat saya dan ibu masih berada di hadapan pintu masuk rumah sambil menolak jagung menggunakan kereta sorong."huh!!!" ayah terperanjat."Kenapa ayah?" saya bertanya.Pada mulanya ayah cuba merahsiakan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi kepada dirinya.Setelah didesak oleh ibu beberapa kali,baru lah ayah membuka mulut lantas bercerita."Wan,tadi ayah nampak orang serupa macam kau kat dapur tengah basuh baju,ayah pun tegur la"."Eh! mana ada ayah,tadi saya ikut mak pergi ambil jagung,ni baru je sampai" saya menjawab."Betul Wan,ayah nampak kau kat dapur tadi".Apa yang ayah nampak tadi masih bermain di fikiran kami sekeluarga.


   Selang beberapa hari kemudian,pada ketika itu adik perempuan saya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen seperti biasa manakala saya pula tidak ada di rumah ketika itu kerana sibuk menyiapkan kerja sekolah di rumah kawan.Apa yang berlaku ketika itu."tap,tap,tap" bunyi orang berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat atas."Abang?tadi kau kata nak pergi rumah kawan kau,tak jadi ke?" tanya adik kepada saya.Jam menunjukkan pukul 6 petang dan saya pun pulang ke rumah seperti biasa.Masuk sahaja ke dalam rumah,adik bertanya "Eh abang,bukan tadi kau kat tingkat atas ke?".Lalu saya menjawab "Mana ada,aku dari tadi kat rumah kawan aku".Adik pula menjawab "Tapi tadi aku nampak kau naik tangga ke tingkat atas".Riak wajah yang pucat adik perempuan saya cukup untuk menggambarkan ketakutannya yang dialaminya sebentar tadi.Saya cuba untuk menenangkan adik supaya melupakan apa yang berlaku dan dialaminya.


   Selepas kejadian itu kami sekeluarga telah berpindah rumah ke kawasan berdekatan bagi mengelakkan perkara aneh tersebut daripada berulang.Rumah sewa kali ini terletak di sebuah kampung,rumah sewa ini mempunyai tiga pintu sebaris.Ketika keluarga saya berpindah ke rumah itu,kami telah mendapat rumah yang paling tepi sekali dan rumah di bahagian tengah masih kosong tanpa diduduki sebarang penyewa.2 bulan pertama,tidak ada sebarang kejadian aneh yang berlaku pada keluarga saya tetapi selepas 2 bulan pertama kami telah mendapat jiran baru dan dia menyewa bersebelahan dengan rumah saya(rumah bahagian tengah).Jiran saya ini merupakan seorang bapa tunggal dan membawa dua orang anaknya yang masih kecil dan belum bersekolah.Jiran saya menawarkan ibu kerja sebagai pengasuh anak-anaknya ketika ketiadaannya di rumah kerana bekerja.Ibu menerima tawarannya dan setuju untuk mengasuh anaknya memandangkan ibu ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga seperti dulu.Jiran saya ini berkerja sebagai kontraktor dan selalu tiada di rumah kerana berkerja di luar kawasan,jika ada pun hanya beberapa hari saja di rumah selebihnya di tempat kerja.


   Nak dijadikan cerita,ketika itu jiran saya berada di rumah buat beberapa hari dan anak-anaknya pula pulang untuk tinggal bersama ayahnya.Saya ingat lagi,ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 7 malam dan saya mendengar jiran saya bersama anak-anaknya keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa.Mereka keluar menaiki kereta dan terus pergi dari rumahnya."Kring-kring" telefon berbunyi,lantas saya bertanya "Hello,siapa ni?"."Wan,ni Cik Lan nih" jawabnya."Huh,kenapa Cik Lan?"saya bertanya lagi."Wan,Cik Lan nak tanya,siapa yang kat atas bumbung rumah Cik Lan tadi?" jiran saya bertanya."Siapa Cik Lan?" saya menjawab."Cik Lan nampak ada orang kat atas syiling rumah Cik Lan tadi,Cik Lan perasan orangnya seperti tiada muka" dia berkata."Apa Cik Lan merepek ni?" saya menjawab kembali.Tanpa membiarkan perasaan takut menguasai,saya terus mematikan panggilan tersebut.Cerita ini telah saya kongsikan kepada ahli keluarga.Hal ini bukanlah untuk menakut-nakutkan mereka tetapi hanya sekadar berkongsi cerita tentang apa yang dialami oleh jiran saya.Walaubagaimanapun,sehingga kini tiada lagi perkara-perkara aneh yang berlaku dalam keluarga saya selepas kejadian hari itu.


   Perkongsian cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam keluarga saya dan saya tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak yang membaca kisah ini.Assalamualaikum dan selamat tengah malam para pembaca.