!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 8 April 2015

Cerpen (Kisah Seram)

   Assalamualaikum kepada para pembaca yang dimuliakan Allah,di sini saya ingin berkongsi cerita atau pengalaman saya sendiri semasa tinggal di sebuah rumah sewa yang terletak di Kluang,Johor.Lokasi dan tempat kejadian sengaja saya rahsiakan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.Saya ingat lagi,ketika itu saya berumur 17 tahun dan pengalaman menetap di rumah sewa itu sangat menyeramkan.

   Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa,dan bapa saya pula seorang pemandu lori sahaja,nak diikutkan manalah cukup gaji seorang pemandu lori rotan menampung keperluan seharian keluarga.Misalnya,keperluan rumah,barang dapur,keperluan anak-anak,sewa rumah,bil-bil dan segala hutang piutang.Oleh hal itu,ibu saya mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan di rumah bagi membantu meringankan beban keluarga.Kerja yang ibu saya lakukan ini tidak lah begitu berat,dia cuma mengambil upah mengopek jagung sahaja.Oleh kerana ibu membuat kerja sambilan di rumah,maka saya mengambil alih tugas mengemas rumah yang sebelum ini dilakukan oleh ibu.Antara tugas yang saya lakukan adalah seperti membasuh pinggan,membasuh pakaian,menyapu dan sebagainya.Pembekal jagung mentah tinggal tidak jauh dari rumah,hanya selang beberapa biji rumah sahaja dari rumah saya.


   Maka bermulalah cerita dimana ketika itu,saya dan ibu pergi ke rumah pembekal jagung mentah untuk di bawa pulang ke rumah supaya kerja-kerja mengopek dapat dilakukan seperti biasa.Pada masa itu,hanya ayah seorang diri di rumah kerana adik beradik yang lain masih di sekolah.Sebelum saya meninggalkan rumah menemani ibu ke rumah pembekal jagung,saya sedang membasuh pakaian dan terpaksa meninggalkan kerja itu buat sementara."Wan,kau buat apa tu?basuh baju ek?" ayah bertanya."Hurmmm" lantas saya menjawab.Selang beberapa minit kemudian,saya dan ibu pun pulang ke rumah.Alangkah terkejutnya ayah apabila melihat saya dan ibu masih berada di hadapan pintu masuk rumah sambil menolak jagung menggunakan kereta sorong."huh!!!" ayah terperanjat."Kenapa ayah?" saya bertanya.Pada mulanya ayah cuba merahsiakan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi kepada dirinya.Setelah didesak oleh ibu beberapa kali,baru lah ayah membuka mulut lantas bercerita."Wan,tadi ayah nampak orang serupa macam kau kat dapur tengah basuh baju,ayah pun tegur la"."Eh! mana ada ayah,tadi saya ikut mak pergi ambil jagung,ni baru je sampai" saya menjawab."Betul Wan,ayah nampak kau kat dapur tadi".Apa yang ayah nampak tadi masih bermain di fikiran kami sekeluarga.


   Selang beberapa hari kemudian,pada ketika itu adik perempuan saya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen seperti biasa manakala saya pula tidak ada di rumah ketika itu kerana sibuk menyiapkan kerja sekolah di rumah kawan.Apa yang berlaku ketika itu."tap,tap,tap" bunyi orang berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat atas."Abang?tadi kau kata nak pergi rumah kawan kau,tak jadi ke?" tanya adik kepada saya.Jam menunjukkan pukul 6 petang dan saya pun pulang ke rumah seperti biasa.Masuk sahaja ke dalam rumah,adik bertanya "Eh abang,bukan tadi kau kat tingkat atas ke?".Lalu saya menjawab "Mana ada,aku dari tadi kat rumah kawan aku".Adik pula menjawab "Tapi tadi aku nampak kau naik tangga ke tingkat atas".Riak wajah yang pucat adik perempuan saya cukup untuk menggambarkan ketakutannya yang dialaminya sebentar tadi.Saya cuba untuk menenangkan adik supaya melupakan apa yang berlaku dan dialaminya.


   Selepas kejadian itu kami sekeluarga telah berpindah rumah ke kawasan berdekatan bagi mengelakkan perkara aneh tersebut daripada berulang.Rumah sewa kali ini terletak di sebuah kampung,rumah sewa ini mempunyai tiga pintu sebaris.Ketika keluarga saya berpindah ke rumah itu,kami telah mendapat rumah yang paling tepi sekali dan rumah di bahagian tengah masih kosong tanpa diduduki sebarang penyewa.2 bulan pertama,tidak ada sebarang kejadian aneh yang berlaku pada keluarga saya tetapi selepas 2 bulan pertama kami telah mendapat jiran baru dan dia menyewa bersebelahan dengan rumah saya(rumah bahagian tengah).Jiran saya ini merupakan seorang bapa tunggal dan membawa dua orang anaknya yang masih kecil dan belum bersekolah.Jiran saya menawarkan ibu kerja sebagai pengasuh anak-anaknya ketika ketiadaannya di rumah kerana bekerja.Ibu menerima tawarannya dan setuju untuk mengasuh anaknya memandangkan ibu ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga seperti dulu.Jiran saya ini berkerja sebagai kontraktor dan selalu tiada di rumah kerana berkerja di luar kawasan,jika ada pun hanya beberapa hari saja di rumah selebihnya di tempat kerja.


   Nak dijadikan cerita,ketika itu jiran saya berada di rumah buat beberapa hari dan anak-anaknya pula pulang untuk tinggal bersama ayahnya.Saya ingat lagi,ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 7 malam dan saya mendengar jiran saya bersama anak-anaknya keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa.Mereka keluar menaiki kereta dan terus pergi dari rumahnya."Kring-kring" telefon berbunyi,lantas saya bertanya "Hello,siapa ni?"."Wan,ni Cik Lan nih" jawabnya."Huh,kenapa Cik Lan?"saya bertanya lagi."Wan,Cik Lan nak tanya,siapa yang kat atas bumbung rumah Cik Lan tadi?" jiran saya bertanya."Siapa Cik Lan?" saya menjawab."Cik Lan nampak ada orang kat atas syiling rumah Cik Lan tadi,Cik Lan perasan orangnya seperti tiada muka" dia berkata."Apa Cik Lan merepek ni?" saya menjawab kembali.Tanpa membiarkan perasaan takut menguasai,saya terus mematikan panggilan tersebut.Cerita ini telah saya kongsikan kepada ahli keluarga.Hal ini bukanlah untuk menakut-nakutkan mereka tetapi hanya sekadar berkongsi cerita tentang apa yang dialami oleh jiran saya.Walaubagaimanapun,sehingga kini tiada lagi perkara-perkara aneh yang berlaku dalam keluarga saya selepas kejadian hari itu.


   Perkongsian cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam keluarga saya dan saya tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak yang membaca kisah ini.Assalamualaikum dan selamat tengah malam para pembaca.


  

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wei... x faham.. cer ko baca balik semula. Pastu ko betulkn. Disebabkn rasa x faham tu lah aq x rasa takut.

    ReplyDelete